Search This Blog

Tuesday 6 September 2011

Kalam Bicara

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian  kepada Allah swt  atas selautan nikmat yang tidak bertepi , memberikan diri ini serta sahabat-sahabat sekalian hidup dan bernafas dalam nikmat iman dan nikmat islam. Serta tidak lupa untuk kita ber selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendukung beban dakwah dan penyambung mata rantai perjuangan. Maka dengan kekuatan yang ada berserta ruh perjuangan yang tersemai dalam diri,  akhirnya blog ini mampu dihasilkan jua.

 Mengimbau sejenak saat-saat  sebelom ini, diri ini sentiasa berperang sesama sendiri dalam memikirkan kemampuan diri dalam menulis,  kekurangan ilmu  di dada, kekuatan untuk melakukan apa yang dicakap (penting)  dan aspek-aspek lain pun untuk mempunyai blog sendiri. Sampai lah satu ketika, bila difikirkan semula, tanya balik diri sendiri…

1.        “isyh, nk tulis2 kt blog ni sush la. Nk tulis ap je. Nmpk mcm buang mse jgak.”- apa yang nak ditakutkan, menulis di blog ni bukanlah satu benda yang susah. Jadi, jangan asyik fikir payah sahaja. InsyaAllah, akn dipermudahkan.
2.       “isyh, ilmu aku ni xdelah banyak sangat nk kongsi dengan orang len. Xpayahla. Nnti kene kutuk je” –  Rasulullah sebut ‘sampaikanlah dariku walaupun satu ayat’. Sekiranya kita asyik mencari redha manusia, sampai bila-pun tak kan sempurna, jadi carilah mardhatillah.
3.       “aku dh begelar seorang muslim sejak kecik lagi. Tapi, ap je sangat yang ak da smbangkan pada Islam ni. Nnt nk jwb ap kt dlm kbur ngan kt akhirat nnt”- Jangan kita asyik persoalkan  apa yang Islam sumbangkan pada kita. Tapi persoalkan apa yang kita sudah sumbangkan pada Islam.
4.       “ak ni xdela perfect sgt, tp nk dkwah2 kt orng plak. Isyh, xyahlah.”- sampai bila2 pun manusia ni tidak akan sempurna. Itulah hakikat seorang insan. Kena hayati konsep ‘Islah nafsak, ud’u ghairak’ oleh As-syahid Hasan al-Banna.
5.       Dan banyak lagi… 

Ahkirnya, selepas bertolak kira,bersoal jawab, berjihad nafsu, dan pelbagai lagi, Alhamdulillah, sekadar inilah apa yang dapat ana corakkan bagi blog ini.Semoga Allah sentiasa bersama dan sentiasa membuka jalan yang yang tidak disangka-sangka dalam usaha ini. Semoga blog ini juga mampu  memberi  simbiosis manfaat kita besama (mutualism-benefits together). Terima kasih. Waallahu ‘alam.

“Barangsiapa yang melihat keMUNGKARan, maka hendaklah ia cegah dengan TANGANnya. Sekiranya tidak mampu, maka cegahlah ia dengan LISANnya. Sekiranya tidak mampu, maka cegahlah ia dengan HATInya. Dan itulah seLEMAH-lemah iman.”